وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
Baca dan dengar Al-Humaza, surah ke-104, dengan 9 ayat. Diturunkan di Makkah. Teks Arab asal dengan terjemahan yang disahkan.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُۥ
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ
(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ
Yang naik menjulang ke hati;
إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ
Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
فِى عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍۭ
(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.