قُلْ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْكَـٰفِرُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
Baca dan dengar Al-Kaafiroon, surah 109, dengan 6 ayat. Diturunkan di Makkah. Teks Arab asal daripada Tanzil dengan terjemahan yang disahkan.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلْ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْكَـٰفِرُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
وَلَآ أَنتُمْ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
وَلَآ أَنتُمْ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".